
Tapak Kasut Atas Jamban Duduk
Satu hari aku pergi
Jamban perempuan di Midvalley
Aku lari sekuat hati
Tahan air dalam pundi
Jamban semua macam penuh
Cuma satu macam free
Masuk situ aku lihat
Jamban duduk bukan cangkung
Aku pun ready nak landing
Tiba-tiba mata aku nampak sesuatu
Apakah itu...???
Tapak kasut tapak kasut
Tapak kasut tapak kasut
Kurang ajar siapa cangkung jamban duduk
Tak takutkah kaki terpelusuk
Tak takutkah kena sumpah
Kau ingat punggung aku ini
Mahu cop tapak kasut free
Tapi apa akan daya
Aku sudah tidak tahan
Aku landing hati berat
Tapi lega air surut dari pundi
Tapi tapak kasut itu melekap di punggung aku
Saiz lima saiz lima
Siapa dia saiz lima
Kurang ajar siapa cangkung atas jamban duduk
Tak takutkah kaki terpelusuk
Tak takutkah kena sumpah


0 People Says Something:
Post a Comment